Rawatan dialysis dan Hepatitis B

Ensany IT

34 829
Story

Puan Roslina Binti Othman menderita sakit kegagalan buah pinggang peringkat akhir sejak 19 tahun yang lalu dan  memerlukan rawatan dialysis sebanyak 3 kali seminggu di Unit Hemodialisis, Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Suaminya pula disahkan menghidap Hepatitis B dan memerlukan rawatan susulan setiap 6 bulan sekali.

Walaupun kos rawatan mereka mendapat subsidi kerajaan, namun pasangan ini menghadapi kesulitan dalam membiayai keperluan seharian dan menyediakan kos kesihatan untuk mereka berdua.

Suami Puan Roslina berniaga di pasar malam bagi menampung kehidupan seharian, namun disebabkan sakit yang dihidapi membuatkan pergerakan suaminya terbatas dan urusan perniagaan sedikit terganggu.

RM2500 dapat membantu untuk membiayai kos rawatan untuk Puan Roslina dan suami bagi tempoh satu tahun. Nilai ini mungkin tidak seberapa bagi sesetangah orang tapi sangat bermakna untuk mereka.

Marilah sama-sama kongsikan ganjaran dalam menggembirakan orang lain dengan menyumbang apa yang kita mampu, sekalipun hanya sedikit.

Semoga sumbangan anda pada hari ini dapat menjadi pelindung untuk anda dan keluarga pada hari pembalasan nanti.

* * *

Dialysis Treatment and Hepatitis B

Mrs. Roslina Binti Othman has suffered from kidney failure for 19 years now and has needed to get dialysis treatment 3 times a week at Hemodialysis Unit, Hospital Sultanah Nur Zahirah.

While her husband suffers from Hepatitis B and needs to conduct follow up treatment and checkup every 6 months.

Even though treatment costs are highly subsidized by the government, the couples are still struggling to make ends meet and cover the medical costs for their treatment.

Due to the fact that Puan Roslina’s husband sells fried chicken for a living, but struggles due to his condition limiting his movement and negatively impacting his business.

RM 2500 will help to cover the cost of their treatment for an entire year. This may not seem like a lot to some, but it could mean the world to them.

Let’s share in the rewards of putting a smile on their faces by donating what we are able to today, no matter how little.

May the reward of your support be a shelter for you and your loved ones against the trials and tribulations of this life and the next.

2750 RM
2750 RM
Share the link below to raise funds for this campaign

Related Campaigns

Pertubuhan Kemanusiaan Ensanny Malaysia
Bank Islam
1416 2011 0025 57

QR

© 2018 Ensany Global. All Rights Reserved.

English
Arabic English