Mohon dana untuk pembedahan jantung

Ensany IT

26 506
Story

Assalamualaikum wbt

Saya pesakit yang bernama Norshuada binti Mardzuki, umur 38 tahun, suri rumahtangga sepenuh masa, tinggal di Taman Desa Mas, Rawang ingin merayu bantuan berbentuk dana bagi tujuan pembedahan jantung (penukaran bateri dual chamber) yang akan dilakukan pada 18/6/2019 di Institut Jantung Negara (IJN). Ini adalah pembedahan kali ke-2 dan pembedahan pertama dilakukan pada tahun 2008 juga di IJN.

Berdasarkan laporan pemeriksaan kali terakhir di IJN pada 7 Mei 2019 lalu, jangka hayat (lifespan) bateri saya cuma mampu bertahan selama 3 bulan sahaja lagi. IJN mengesyorkan agar pembedahan segera dilakukan dalam masa terdekat. Tahap kebergantungan jantung saya terhadap bateri adalah 99%, jadi untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang mungkin berlaku, saya merayu kepada tuan² dan puan² yang budiman agar membantu saya mendapatkan dana bagi pembedahan ini secepat mungkin.

Dengan sedikit simpanan, sumbangan dari ahli keluarga dan jiran setempat, jumlah terkumpul yang dapat saya kumpulkan sehingga hari ini berjumlah lebih kurang RM 30 ribu. Saya hanya memerlukan lebih kurang RM 15 ribu sahaja lagi untuk mencukupkan jumlah keseluruhan dana pembedahan ini.

1200 RM
1200 RM
Share the link below to raise funds for this campaign

Related Campaigns

Pertubuhan Kemanusiaan Ensanny Malaysia
Bank Islam
1416 2011 0025 57

QR

© 2018 Ensany Global. All Rights Reserved.

English
Arabic English